Kieda Crepe dedah alami alahan teruk sepanjang kehamilan, syukur sebab suami sabar melayan dia

Advertisements
Advertisements

Usahawan terkenal, Kieda Crepe berkongsi mengalami alahan yang serius dan teruk sepanjang kehamilan ketiganya. Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra mengakui ramai sering menyangka fasa kehamilannya dilalui dengan mudah. Namun hakikatnya, hanya dia dan suami yang mengetahui cabaran sebenar di sebalik perjalanan tersebut. Klik sini untuk lihat video.

Kata Kieda, dia mengalami alahan yang teruk sama seperti kehamilannya sebelum ini. “Semua anak saya ada alahan dan semua anak diperjuangkan. Alahan saya bukan biasa-biasa tapi sebab lama tunggu, saya lalui dengan tenang walaupun perlu airmata. Yang paling saya salute adalah suami saya yang tidak kira waktu sabar melayan sampai semua okay.”

Sebelum ini, Kieda memaklumkan berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.