Sambut ulangtahun kelahiran yang ke 40, Puteri Sarah Liyana titipkan nukilan untuk diri sendiri

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Puteri Sarah Liyana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada Isnin dengan penuh rasa kesyukuran. Bersempena hari istimewa itu, Sarah menitipkan sebuah nukilan buat dirinya sendiri dengan meluahkan syukur terhadap segala nikmat dan peluang yang telah membentuk dirinya sepanjang tahun 2025. “Selamat hari lahir kepada diri sendiri. Saya bersyukur atas setiap peluang yang telah membantu saya berkembang sepanjang tahun ini.

Saya juga berterima kasih atas setiap pintu yang tertutup, kerana itu bukan jalan yang terbaik untuk saya.” Sarah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram bersama foto dan video sambutan hari lahirnya yang diadakan di sebuah restoran, ditemani dua cahaya matanya serta rakan rapat, Andi Arsyil. Dalam nukilan sama, Sarah berharap agar tahun baharu membawa lebih ketenangan dan ruang untuk dirinya bermuhasabah.

“Pada tahun yang bakal datang, saya mahu meluangkan masa di tengah kesibukan untuk menenangkan fikiran. Saya ingin merenung siapa diri saya, dan siapa yang saya ingin menjadi. Saya akan mencari dan mengenali diri saya sepenuhnya.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *