Harap sengketa dapat diselesaikan secara baik, Sharif Zero akui rindu nak berkumpul dengan adik beradik

Advertisements
Advertisements

PELAWAK Sharif Zero sanggup merendahkan ego dan tampil memohon maaf kepada adiknya, Atu, selepas hubungan mereka beradik renggang sejak kebelakangan ini. Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadir Doli Sharif, 35, juga berharap segala sengketa antara mereka dapat diselesaikan secara baik. “Abang (panggilan mesra Sharif) minta maaf. Seperti kata warganet, buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga kami kembali seperti dulu.

Kalau mereka anggap ini salah saya, ya mungkin salah saya sebab sudah bongkar cerita walaupun sebenarnya tiada niat. Tapi tak mengapa, benda sudah berlaku,” katanya. Sharif berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Havoc Raya Fest yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Shah Alam pada Isnin. Sebagai abang, Sharif mengakui rasa sedih dengan keretakan hubungan tersebut dan tidak menyangka perselisihan faham itu menjadi semakin besar.

“Sudah tentu sedih. Cuma saya tak sangka ia boleh jadi sebesar ini. Bagi saya sebenarnya perkara ini boleh diselesaikan,” katanya. Ditanya mengenai usaha untuk berbaik, Sharif tidak menafikan dia ada memulakan langkah namun memberi bayangan ia tidak disambut baik oleh adiknya. “Ada, jangan cakap tiada. Berapa kali saya ajak jumpa? Ada ke isu duit? Marilah datang ke rumah. Saya tak kisah sama ada mereka datang ke tempat saya atau saya pergi ke tempat mereka,” luahnya.

Dalam pada itu, Sharif mengakui pernah bertemu dengan Atu dan abangya iaitu Syaiful Zero, namun dalam pertemuan tersebut mereka tidak berpeluang menyelesaikan kemelut yang berlaku. Katanya, ibu mereka juga mengetahui masalah yang berlaku dan percaya mereka adik-beradik akan kembali berbaik dalam masa terdekat. “Baru-baru ini saya ada jumpa ibu, Syaiful dan Atu, tapi macam biasa tak dapat bertegur. Hari itu pun kami ada main bola sama-sama.

Ibu tahu hal ini. Dia anggap biasalah gaduh adik-beradik dan percaya kami akan berbaik semula nanti. Doakan yang baik-baik. Saya rindu nak berkumpul dengan mereka,” katanya. Sebelum ini, Sharif dalam satu temu bual podcast berkongsi kisah hidup Atu yang dipercayai hampir terjerumus dengan aktiviti penyalahgunaan dadah kerana salah pilih kawan.

Pendedahan tersebut dipercayai menjadi punca konflik antara mereka sehingga hari ini. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.