Anggaran harga dalam RM250k, Ammar Ahyan dapat Jam Rolex bertatahkan berlian dari Aliff Syukri

Advertisements
Advertisements

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah menghadiahkan sebuah jam Rolex pertama buat anak sulungnya, Ammar Ahyan sewaktu mereka sedang bercuti di luar negara. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Aliff memaklumkan anggaran harga jam tangan berjenama mewah yang bertatahkan berlian itu adalah lebih kurang RM250,000. Klik sini untuk lihat video.

“Ini anggaran dalam RM250,000, Ammayan punya jam yang abah hadiahkan, nak tengok dia gembira ke tidak. Yang penting Ammayan dah ada, Ammayan kena rajin lagi tau, lepas ni Baim pula,” ujarnya. Jelas Aliff lagi, hadiah itu merupakan sebagai satu bentuk penghargaan buat anaknya selain mempunyai nilai untuk masa akan datang. “Rolex pertama Ammar bertatahkan berlian, semoga Ammar ingat usaha abah untuk Ammar bila besar nanti.

Ramai orang ingat bila papa belikan jam ni membazir hakikatnya jam ini naik value. Papa dah ronda London dan lebih tiga empat kedai semua tak ada stok. Kedai ini sahaja ada stok,” kongsinya. Terdahulu, Aliff juga telah menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Porsche kepada anak sulungnya, Ammayan baru-baru ini.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.