Berjaya turunkan berat 15kg dalam masa 5 bulan, ini pula tips dari Alya Iman

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Alya Iman berjaya melakukan perubahan besar terhadap penampilan fizikalnya apabila menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram dalam tempoh lima bulan. Alya atau nama lengkapnya Nur Alya Iman Azmil, 24, berkata, dia memilih untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat menerusi rutin senaman harian di gimnasium serta kawalan pemakanan yang ketat.

Jelas Alya, usaha tersebut bukan sekadar demi penampilan, sebaliknya didorong keinginan untuk menjaga kesihatan dan mencabar diri dalam genre lakonan yang berbeza. “Berat asal saya 70 kg. Alhamdulillah, saya berjaya turun sebanyak 15 kilogram dalam masa lima bulan. Saya memang tak kerja, duduk rumah pergi gym hari-hari, jaga makan dan saya ada masuk kelas martial art.

Cuma buat masa ini saya tak berapa nak sihat sangat, jadi saya berhenti sekejap pergi gym untuk berehat. Saya memang nak kurus, bukan sebab tuntut kerja. Sebagai seorang pelakon, kena kurus. Tapi saya kurus memang sebab diri sendiri. Nak jadi lebih sihat, nak cuba berlakon aksi.” Alya berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di The Power Play Pickleball Tournament 2025 yang berlangsung di Tomaz Pickleball, Subang, pada Isnin.

Dalam pada itu, Alya turut membuka cerita mengenai pengalaman pahit apabila pernah menjadi mangsa ‘body shaming’ sepanjang bergelar anak seni, khususnya ketika terlibat dalam penggambaran. “Ada beberapa orang yang tegur saya cakap ‘awak ini heroin, mana boleh gemuk, kenalah kurus’. Orang dalam industri juga yang cakap, bukan seorang tapi ramai juga.

Saya ada terasa hati dengan teguran itu, kita pun manusia. Mungkin kalau nak tegur ada caranya. Masa tengah shooting, dia cakap ‘you heroin, tengok la supporting you lagi kurus daripada you’. Tapi itulah mentaliti kita, sedangkan dekat luar negara ada saja heroin yang berbadan berisi. Mungkin kita punya mentaliti kena ubah.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.