Lebih memilih untuk simpan aib isteri, Kamal Adli berani junjung Quran sebab tak kasari isteri

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Kamal Adli menepis sekeras-kerasnya dakwaan isterinya, Uqasha Senrose yang mendakwa berlaku keganasan rumah tangga serta memukul wanita itu sehingga mendatangkan kecederaan. Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, berani bersumpah dan menjunjung Al-Quran bagi menafikan segala dakwaan tersebut.

“Dakwaan itu salah dan saya sudah agak hal ini. Demi Allah, saya berani junjung Quran, saya tak pernah memukul isteri saya. Demi Allah saya berani junjung. letak atas nama mak ayah saya, saya tak pernah. Kenapa baru sekarang nak cerita apa semua? Ada bukti apa? Ya Allah, saya tak takut pun. Lapor polis sekali pun, sebab saya tak pukul. Tak apalah, saya tak kisah. Orang nak fitnah, sebab dia masih isteri saya.”

Kamal berkata demikian sejurus prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Khamis. Tambah Kamal, dia mengakui sudah lama cuba bertahan dan memilih untuk berdiam diri selagi Uqasha masih berstatus isterinya. “Dia isteri saya, dia orang yang saya kahwin pasal atas dasar cinta, bukan pasal paksa atau apa. Daripada kenyataan saya cakap ini, saya masih tak buka lagi apa-apa pasal isteri, cukup saya simpan.

Tapi saya rasa terlalu melampau. Kalau dia betul nak saya ceraikan dia, sampai tahap itu dia buka semua hal-hal itu. Pada akhirnya kalau prosedur ini tak ada persetujuan, insya-Allah benda itu akan putus juga. Saya cuma sekarang berjuang, saya gunakan ikut saluran yang betul sahaja.”

Kamal juga menegaskan dia memandang serius dakwaan tersebut kerana melibatkan maruah dirinya sebagai seorang suami dan bapa. Lebih mengguris perasaan, kata-kata itu keluar daripada mulut insan yang paling dekat dengannya. “Banyak saya simpan dan pendam. Pergi jumpa orang ini, cerita ini, buka buruk saya kat sini. Banyak sangat! Hal itu menjatuhkan maruah saya. Orang cakap itu datang daripada mulut isteri saya sendiri.

Bila saya cakap depan-depan, dia cakap bukan daripada dia. Bila peminat atau sesiapa, dia boleh balas dan boleh layan burukkan saya dekat situ? Saya tak pernah cakap apa dan saya diam.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.