KUAT berdepan ujian, pelakon Zara Zya sudah berlapang dada selepas disahkan menghidap renal cell carcinoma atau sel kanser buah pinggang tahap satu. Kelihatan tenang dan ceria, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, bagaimanapun memaklumkan dia kini tidak lagi sekuat dahulu. “Saya okay, tetapi tak kuat macam dulu. Saya terima dengan tenang dan lapang dada.
“Saya buat apa yang termampu. Dulu boleh all out, guna banyak tenaga. Sekarang dah tak sangat,” katanya ketika dihubungi pada Ahad. Zara sebelum ini berkongsi keadaan kesihatan dirinya dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads pada Sabtu. Katanya dia mengetahui tentang penyakit itu sejak tahun lalu dan telah menjalani rawatan pembedahan.
Tambah pelakon ini, dia juga masih perlu mengambil ubat selain pemeriksaan berkala. “Saya sudah aktif bekerja. Sekarang ini perlu makan ubat, jalani rawatan fisioterapi dan pergi check-up sahaja. Syukur saya dapat tahu awal. Buah pinggang pun buang sebahagian sahaja,” jelasnya. Dalam masa sama, dia berharap perkongsian yang dibuat di laman sosial miliknya mampu memberi kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa memantau tahap kesihatan masing-masing.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.