Buat gender reveal depan Kaabah, suami Neera Azizi digantung tugas selama 6 bulan

Advertisements
Advertisements

s

Agensi umrah bertindak tegas susulan penularan video sambutan ‘gender reveal’ yang dilakukan di hadapan Kaabah melibatkan suami kepada pelakon dan penyampai radio Neera Azizi, Muhammad Hafizi Mohd Noor. Menerusi hantaran di media sosial In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. memaklumkan Hafizi digantung tugas sebagai mutawif selama enam bulan selepas siasatan dalaman dijalankan berhubung insiden berkenaan.

“Susulan pelanggaran tersebut, pihak pengurusan mengambil keputusan menggantung individu terbabit daripada berkhidmat selama enam bulan berkuat kuasa serta-merta,” katanya. Sepanjang tempoh penggantungan itu, Hafizi, 26, tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang tugasan operasi termasuk membimbing jemaah ke Tanah Suci.

Selain itu, beliau turut dikenakan tindakan tatatertib dalaman termasuk surat amaran rasmi, manakala sebarang pertimbangan pelantikan semula hanya akan dibuat tertakluk kepada pematuhan penuh terhadap garis panduan syarikat. “Kami memandang serius sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan kesucian ibadah di Tanah Suci, etika serta imej syarikat dan perkara sebegini tidak akan dikompromi,” jelasnya.

Sebelum ini, video pasangan tersebut yang meraikan jantina bayi di hadapan Baitullah mengundang kritikan netizen hingga ada menyifatkan tindakan itu sebagai tidak menghormati kesucian tempat ibadah umat Islam. Susulan reaksi negatif yang diterima, video asal yang dimuat naik telah dipadamkan oleh Neera daripada Instagram. Untuk rekod, Neera mendirikan rumah tangga dengan Hafizi pada 11 Julai lalu dan pasangan ini dijangka menerima cahaya mata perempuan pada April tahun depan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.