Dr Kamarul sendiri galas tanggungjawab untuk solat jenazah, suami kongsikan detik akhir proses urusan Nadia Kesuma

Advertisements
Advertisements

Suami kepada pelakon Allahyarhamah Nadia Kesuma berkongsi perkembangan terkini mengenai proses pengurusan jenazah isterinya yang kini berada di Jeddah. Menerusi hantaran di Facebook, Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah memaklumkan bahawa jenazah dijadualkan untuk dikebumikan sejurus selepas waktu Subuh. Lebih menyayat hati, Dr. Kamarul sendiri menggalas tanggungjawab sebagai imam bagi menyembahyangkan jenazah isterinya sebagai penghormatan terakhir sebelum dikebumikan.

“Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah) dan sudah disembahyangkan dan diimamkan sendiri oleh saya, Alhamdulillah.  Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (sekarang 1.33am, waktu Jeddah). Subuh jam 5.44am.” Terdahulu, Nadia dilaporkan meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi, akibat serangan jantung.

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa lapangan terbang mengesahkan arwah mengalami serangan jantung sebelum terjatuh. Terdahulu, berita pemergian Nadia disahkan oleh suami dan anaknya selepas aktres tersebut dilaporkan gagal dikesan sebaik tiba di Jeddah.

Nadia disahkan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Januari lalu, kira-kira jam 8.07 pagi waktu tempatan. Nadia sebelum ini dilaporkan hilang ketika berada di Jeddah, yang merupakan destinasi transitnya sebelum meneruskan perjalanan ke London. Allahyarham difahamkan menyertai pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi pelancongan dan bergerak bersama jemaah lain.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.