Bekas suami penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan menafikan dirinya belum ‘move on’ atau gila talak susulan tindakan memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, 18 Disember lalu. Memetik, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red berkata, permohonan tersebut dibuat bagi mendapatkan kepastian berhubung status dirinya ketika ini, bukannya atas dasar emosi atau keinginan untuk kembali bersama.
Menurutnya, status hubungan yang masih tergantung perlu diperjelaskan supaya tidak menimbulkan isu pada masa hadapan, terutamanya melibatkan hukum dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. “Ini bukan soal ‘move on’. Status saya dengan dia masih belum jelas. Adakah saya masih suami orang dia atau tidak. Sebab itu saya failkan pengesahan lafaz rujuk untuk memastikan lafaz rujuk yang dibuat itu sah atau sebaliknya.
Kalau hakim memutuskan lafaz rujuk itu sah, bermakna saya masih suaminya. Jika tidak sah, masing-masing bebas membawa haluan sendiri. Saya bawa perkara ini ke mahkamah kerana tidak mahu timbul masalah kemudian hari. Bab dosa pahala ini saya yang tanggung. Saya tak nak tambah dosa. Kalau tiba-tiba saya atau Adira mahu berkahwin lain, bukankah itu menyusahkan. Ini soal hukum, bukan soal tak ‘move on’.”
Adnan berkongsi perkara itu selepas prosiding lafaz rujuk yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada Selasa. Bagaimanapun, Adnan enggan mendedahkan punca sebenar memfailkan permohonan tersebut walaupun sudah setahun berpisah. “Perkara itu biarlah dijelaskan pada 16 Februari nanti. Saya tak mahu mengeruhkan keadaan. Kita tunggu perbicaraan yang akan dijalankan secara tertutup.”
Sebelum ini, mahkamah menetapkan 16 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan pertama bagi pengesahan lafaz rujuk pasangan berkenaan. Peguamnya, Nor Haiza Marina Mat Ramli memaklumkan prosiding itu akan dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri plaintif serta defendan. Pada Disember lalu, Adnan melalui peguamnya mengesahkan telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk terhadap Adira.
Tindakan tersebut mengejutkan Adira yang mendakwa tidak mengetahui langsung mengenai permohonan berkenaan. Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, sebelum berpisah pada 24 April 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob, 3.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.