Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida tampil menjelaskan mengenai video tular anak keduanya, Qadejah El Zahra menegur dan menasihati adik-adiknya mengenai batas pergaulan. Tegas Nur Shahida, dia dan suami amat menekankan kepentingan pendidikan awal mengenai batas pergaulan anak-anak. Menurut beliau, prinsip ini penting bagi memastikan keselamatan dan perkembangan anak-anak, khususnya anak perempuan, sejak kecil. Klik sini untuk lihat video.

“Kita mula ajar dari kecil. Kalau kita longgarkan dari awal, bila besar nanti lebih sukar untuk mereka faham,” jelas Nur Shahida, ibu kepada enam cahaya mata. Beliau turut berkongsi bahawa kejadian itu timbul selepas seorang pembantu peribadi (PA) lelaki kerap bermain dengan anak lelaki mereka, Yusuf dan Baim, sehingga anak perempuan mereka, Raudhah, ingin turut serta. Bagaimanapun, suaminya, Aliff Syukri menegaskan bahawa anak perempuan mereka tidak dibenarkan rapat dengan PA lelaki.
“Awak perempuan, awak tak boleh rapat dengan PA lelaki,” tegas Aliff Syukri dalam memastikan prinsip keluarga mereka dipatuhi. Katanya, walaupun amaran telah diberikan berulang kali agar PA tidak memegang atau mendukung anak perempuannya, kejadian tetap berlaku. Namun, jelasnya kemarahan yang timbul bukan untuk memarahi anak, sebaliknya sebagai proses mendidik dan memberi kefahaman mengenai batas pergaulan.
Pasangan ini menegaskan bahawa pendidikan mengenai sentuhan dan batas pergaulan perlu dimulakan sejak anak masih kecil. Mereka berpendapat bahawa perbuatan lelaki bukan mahram memegang anak perempuan tidak seharusnya dinormalisasi, walaupun atas alasan bermain atau bergurau. Walaupun Raudhah menangis kerana tidak memahami situasi, prinsip dan nasihat tetap ditegakkan sambil memujuk, bagi memastikan mesej mengenai batas pergaulan sampai kepada anak-anak dengan jelas.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.