Boleh mudahkan urusan untuk hantar anak ke sekolah, Dr Fie luah rasa syukur sebab boleh beli kereta baru

Advertisements
Advertisements

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah atau dikenali sebagai Dr Fie sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila meluah rasa syukur kerana mampu memiliki kenderaan elektrik (EV) model Proton e.MAS 7. Menerusi perkongsian di Threads, dia memaklumkan kereta baharu yang dibelinya itu merupakan salah satu rezeki yang tidak pernah disangka dan menganggap ia sebagai satu rahmat Tuhan untuk lebih bersyukur.

“Kalau Allah datangkan rezeki dengan cara yang tak dijangka, itu bukan kebetulan, itu rahmat. Syukur alhamdulillah kerana dia lebih tahu,” ciapaan Dr Fie. Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut memberitahu kenderaan tersebut merupakan rezeki anak-anak dan dapat memudahkan lagi urusannya menghantar ke sekolah. “Syukur ya Allah, rezeki anak-anak. Kereta bawa anak sekolah,” kongsinya.

Terdahulu, ibu kepada Dr Fie iaitu Dr Zailah Zainudin dalam satu hantaran di media sosialnya berkongsi berita gembira itu dengan menzahirkan ucapan tahniah buat anak sulungnya kerana memiliki sebuah kereta baharu. Sekadar info, Dr Fie mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Nubhan pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.