Segan nak minta suami penuhi keinginan, Kieda Crepe akui mengidam nak makan nasi kantin di sekolah

Advertisements
Advertisements

Kieda Crepe Mengidam Nasi Kantin Sekolah RM2, Akui Segan Untuk Minta Suami Penuhi

Segan nak minta suami penuhi keinginan, Kieda Crepe akui mengidam nak makan nasi kantin di sekolah

Setelah lama mengidam, usahawan terkenal, Kieda Crepe akhirnya berkongsi kegembiraan apabila dapat merasai nasi kantin sekolah anaknya. Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra mengakui ia adalah satu pengalaman yang agak segan untuk diminta kepada suaminya. Kata Kieda, dia berasa canggung untuk meminta suaminya memenuhi keinginannya kerana malu sekiranya anaknya menyedari kehadirannya di sekolah sedang menikmati juadah tersebut.

“Selama mengidam, mengidam ini saja yang segan nak minta suami turutkan sebab malu dekat anak nak makan nasi sekolah mereka. Setelah sekian lama teringin nasi kantin, harini ambil kesempatan untuk makan masa amik duit.” Dalam hantaran yang sama, Kieda berkongsi gambar hidangan yang diambilnya, nasi putih dan ayam goreng yang dijual hanya dengan harga RM2. Perkongsian itu kemudian menyorot perhatian orang ramai yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman mereka mengidam mahu menikmati juadah itu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.