BERKONGSI perjalanan dalam dunia seni sejak kecil, pelakon Sweet Qismina turut melalui pengalaman berdepan kesukaran mendapatkan peluang selepas meningkat dewasa. Kata Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 27, dia berharap agar industri hiburan lebih terbuka untuk menerima pelakon-pelakon yang masih terperangkap dengan imej kanak-kanak. Menurutnya, pengalaman di set penggambaran sangat penting dalam mematangkan seseorang pelakon.

“Itulah perasaan saya dulu dan saya memerlukan masa bertahun-tahun lamanya untuk mendapat kepercayaan orang (hingga sekarang). Saya harap ramai orang akan cuba menerima mereka yang masih ‘tersekat’ sebagai pelakon kanak-kanak. Kami tak dapat mengubah saiz badan dan wajah muda seperti kanak-kanak, tetapi tanpa pengalaman dan peluang untuk melakonkan pelbagai watak, macam mana nak perbaiki?
Pengalaman mematangkan kita, kan? Kalau boleh beri rezeki kepada pelakon-pelakon baharu dan beri mereka belajar berlakon di set, apa salahnya buat perkara yang sama kepada mereka yang sudah berlakon sejak muda,” katanya. Sweet berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Khamis. Perkongsian itu dibuat selepas melihat luahan pelakon Mia Sara Nasuha yang mengakui berasa sedih apabila masih dilabel sebagai pelakon kanak-kanak.
Dalam pada itu, Sweet turut menitipkan kata-kata semangat buat pelakon yang pernah bergelar pelakon kanak-kanak agar terus merendah diri dan tidak berhenti belajar. Kata pelakon filem Babah itu, pengalaman berlakon ketika dewasa sangat berbeza berbanding ketika masih kanak-kanak. “Percaya dan beri peluang. Kepada yang sudah berlakon sejak kecil pula, bermulalah dari kosong. Jadi padi, belajar dan belajar lagi untuk menjadi yang terbaik.
Jangan rasa kerana sudah berlakon sejak kecil, kita sudah cukup pengalaman. Tidak. Lakonan dewasa tidak sama dengan waktu kita kanak-kanak. Saya sudah melaluinya, ia tidak senang. Sampai sekarang masih perlu belajar. Selebihnya berserah kepada Allah. Saya faham perasaan awak, Mia sayang. Semoga Allah membuka rezeki untuk awak dan yang lain,” ujarnya. Sebelum ini, Mia meluahkan rasa kesal apabila sering dilabel dan ditawarkan watak sebagai pelakon kanak-kanak walaupun usianya kini sudah menginjak 21 tahun.
Kata Mia, dia mampu membawa pelbagai jenis watak, namun kekurangan peluang menyebabkan bakatnya tidak dapat diteroka sepenuhnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.