Hampir 3 tahun berdiam diri, Intan Najuwa dedah mahkamah arah Rizman Ruzaini bayar RM1.3 Juta

Advertisements
Advertisements

Selepas hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, pelakon Datin Intan Najuwa tampil memberi kenyataan berhubung kes saman sivil yang difailkan oleh suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman terhadap pereka fesyen Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil yang mewakili syarikat mereka, Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn Bhd. Dalam dokumen mahkamah bertarikh 16 Disember lalu, pihak mahkamah menetapkan jumlah pembayaran RM1.3 juta yang perlu diselesaikan oleh defendan sebelum 15 Januari 2026.

Menurut Intan, 29, keputusan mahkamah telah memihak kepada mereka dan pihak defendan kini diminta melaksanakan pembayaran semula pinjaman tersebut pada tarikh yang ditetapkan. “Setelah hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, suami dan saya kini tampil secara terbuka berdasarkan keputusan mahkamah yang telah diputuskan,” katanya.

Intan berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Isnin. Tambah Intan, kenyataan itu dibuat khusus kepada pihak Rizman Ruzaini tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen lain sebagai seruan supaya arahan mahkamah dipatuhi dengan segera. “Kenyataan ini dibuat secara berfakta dan berhemah, selaras dengan keputusan undang-undang yang sah, selepas kami memilih untuk menunggu dan menghormati proses perundangan sepenuhnya,” ujarnya.

Sebelum ini, pereka fesyen Rizman Ruzaini enggan memberi sebarang komen apabila dikaitkan sebagai pihak yang berhutang dengan pelakon itu. Salah seorang pengasas jenama tersebut, Rizman, menganggap perkara itu biasa apabila nama mereka menjadi sebutan dalam isu berkaitan. Menurut Intan, individu berkenaan pada awalnya merayu bantuan kewangan dengan pelbagai janji, namun mula mengelak apabila tiba masa untuk melunaskan hutang.

Susulan kenyataan itu, nama jenama fesyen Rizman Ruzaini mula dikaitkan oleh warganet sebagai pihak yang dimaksudkan oleh Intan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.