Laman sosial penuh dengan perkongsian wargamaya mengenai tempahan restauran milik usahawan dan pencipta kandungan, Khairul Aming. Malah, website yang digunakan untuk pelanggan membuat tempahan menjadi ‘crash’ disebabkan terlalu ramai yang ingin mencuba restauran pertama Khairul Aming. Mengusik wargamaya, pelakon Kamal Adli berseloroh website Rembayung ‘crash’ disebabkan percubaannya untuk membuat tempahan.
“Saya nak ingatkan wahai rakyatku… bukan saya yang buka Rembayung tu..saya pun cuba booking sampai crash website tu mungkin sebab saya. Jangan booking dengan saya… kalau dengan saya korang dapat Budin bariani saja. Rakyat ku… Jangan sampai abang joget,” katanya. Sebelum ini, Khairul Aming memohon maaf atas gangguan sistem tempahan restoran Rembayung yang mengalami ‘crash’ akibat trafik tinggi malam tadi.
Lebih 3,000 pelanggan berjaya membuat tempahan, dan Khairul jamin pengalaman terbaik akan diberikan di restoran sulungnya itu. Dalam masa 15 minit, 400 tempahan diterima dan akaun Instagram Rembayung capai 100,000 pengikut dalam dua jam selepas dilancarkan. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.