PELAKON Puteri Sarah Liyana memberitahu dua orang sahabat baiknya menjadi inspirasi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana. Puteri Sarah Liyana binti Megat Kamaruddin, 41, berkata salah seorang individu berkenaan ialah aktres Janna Nick yang kini sedang menyambung pengajian di United Kingdom. Tambahnya, semangat yang ditunjukkan oleh dua sahabat berkenaan membuatkan dia berasa teruja untuk mengikut jejak langkah mereka.

“Saya mengakui terinspirasi dengan dua sahabat baik saya, Janna dan Sudir yang menyambung pengajian mereka. Semangat itulah yang membuatkan saya teruja untuk sambung pengajian peringkat sarjana,” katanya. Puteri Sarah menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya pada Ahad. Dalam satu hantaran lain, Sarah turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama Janna selama 14 minit.
Sebelum itu, Puteri Sarah berkongsi permulaan baharu dalam hidupnya bagi tahun 2026 dengan menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Dia memulakan kuliah bagi pengambilan Januari 2026 di Innovative University College. “Permulaan terbaik untuk tahun 2026 buat saya. Kita jadi pelajar semula. Doakan saya semoga berjaya dalam pengajian sarjana,” tulisnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.