Tular video Kamal Adli kononya bergduh dengan bekas isteri, sekali ini pula penjelasan dari tuan badan

Advertisements
Advertisements

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa kesal selepas tersebarnya video kononnya dia bergaduh dengan bekas isteri, Uqasha Senrose. Menerusi perkongsian Kamal di Thread, dia menjelaskan bahawa sebenarnya video yang tular tersebut hanyalah rakaman suntingan daripada program yang menampilkan kisah hidup mereka sebelum ini. “Dekat TikTok ada orang post video saya dan Uqasha bergaduh fasal main futsal. Nak buat fitnah pun agak-agaklah. Sah itu penggambaran untuk Astro. Kongsilah klip itu sampai habis,” katanya dalam hantaran di laman Threads pada Rabu.

Difahamkan, video tersebut memaparkan Uqasha merajuk kerana Kamal terlepas waktu makan malam akibat bermain futsal, dan ia turut dimuat naik oleh individu menggunakan nama ‘Kamal Adli’ di TikTok Kamal menegaskan warganet wajar berhenti menyebar cerita seperti ini memandangkan dia baru sahaja melalui proses perceraian. “Berilah masa dan ruang orang nak bertenang. Dah la pakai nama Kamal Adli. Bodohlah macam ini!” luahnya.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin. Pasangan ini berkahwin pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira, yang kini berusia 1 tahun 8 bulan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.