Rumah yang banyak tersimpan kenangan, Sajat sedih bila tahu rumah dia telah dijual

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan personaliti media sosial, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa pilu apabila mendapat tahu kediaman yang pernah menjadi tempat tinggalnya suatu ketika dahulu telah bertukar pemilik. Menerusi hantaran di Instagram, Sajat mengakui berasa berat hati kerana rumah tersebut banyak tersimpan kenangannya bersama keluarga. Namun, dia reda dengan ketentuan tersebut kerana menganggap ia bukan lagi rezekinya.

“Kenangan rumah ini terlalu banyak untuk dilupakan. Bila saya dapat tahu rumah ini telah dijual, hati ini sedih tapi saya reda. Mungkin itu bukan lagi rezeki saya.” Walaupun tidak lagi memiliki hartanah tersebut, Sajat tetap berasa bangga dengan pencapaian masa lalunya. “Namun saya tetap bangga. Bangga dengan usaha saya mencari rezeki yang halal. Bangga kerana pernah memiliki rumah ini dibeli dengan berkat, daripada insan yang saya idolakan.

Walaupun hanya seketika, ia sangat bermakna. Saya masih boleh membayangkan setiap sudutnya, reka bentuknya, suasananya.” Sementara itu, Sajat sempat menitipkan doa agar dikurniakan rezeki untuk memiliki kediaman yang lebih baik pada masa hadapan. Ujarnya, saiz kediaman bukanlah lagi keutamaan sebaliknya apa yang diinginkan hanyalah ruang yang cukup untuk dirinya berteduh dengan rasa tenang.

“Hari ini saya ucapkan selamat tinggal. Rumah hanyalah bentuk, tetapi kenangan akan kekal hidup. Insya-Allah, satu hari nanti saya akan memiliki rumah yang lebih baik. Tak perlu besar cukup untuk saya berteduh, tenang, dan bahagia. Goodbye, rumah. Terima kasih atas segalanya.” Sebelum ini, media melaporkan banglo milik usahawan itu yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya, berjaya dilelong pada harga RM3.73 juta.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.