Titipkan ucapan terima kasih buat Uqasha Senrose, Kamal Adli luah rasa gembira dapat luangkan masa dengan Hawra

Advertisements
Advertisements

Selepas dua minggu tidak berjumpa, pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa syukur dan gembira apabila akhirnya dapat meluangkan masa bersama anaknya, Hawra Uqaira pada Khamis. Meskipun pertemuan tersebut singkat, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, mengakui momen itu telah mengubati rasa rindu dihati. “Hari ini (Khamis), sebelum datang ke sini (pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026), saya sempat berjumpa dengan Hawra. Sebab itu saya lambat kerana meluangkan masa bermain dengannya. Seronok sangat selepas lebih kurang beberapa minggu tidak berjumpa.”

Kamal berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Fenomena Raya 2026 dan pengumuman Duta Paling Mega Jakel di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Khamis. Bercerita lanjut, Kamal turut merakam penghargaan kepada bekas isteri, aktres Uqasha Senrose kerana memberi peluang bertemu dengan Hawra. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana memberi peluang kepada saya untuk meluangkan masa bersama Hawra. 

Jadi hari ini saya rasa sangat gembira, memang gembira. Tadi dapatlah saya beberapa jam antara 2 petang hingga 5.30 petang tadi. Kami bermain di bawah kawasan rumah sahaja. Sebab Hawra macam tidak sihat. Sekarang ini, setiap kali saya ada masa lapang, saya akan berjumpa. Kebetulan hari ini memang saya lapang, saya baru sahaja sampai dari Kuantan dan saya terus pergi jumpa Hawra dahulu.” Tambah pelakon drama Dia Imamku itu, keutamaannya ketika ini adalah memastikan hubungan dengan anak terus terjalin rapat walau dalam apa jua keadaan.

“Bila ada sahaja masa terluang sekarang ini, saya memang akan cuba cari ruang dan masa untuk berjumpa dengan Haura, itu sahaja. Setiap kali turun ke Kuala Lumpur, memang saya akan jumpa anak dahulu. Sebab selepas itu saya perlu bergerak semula untuk sambung penggambaran di Lumut pula.” Terdahulu, Kamal menerusi perkongsian di media sosial berkongsi rasa rindu yang mendalam apabila sudah lama tidak bertemu Hawra.

Imbas kembali, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 12 Januari lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun lapan bulan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.