Umur dah 21 tahun, Mia Sara luah rasa kecewa sebab masih dianggap sebagai pelakon kanak kanak

Advertisements
Advertisements

Pelakon Mia Sara Nasuha, 21, meluahkan rasa kecewa apabila masih dianggap sebagai pelakon kanak-kanak meskipun usianya kini sudah dewasa. Pelakon yang dikenali menerusi filem Nur Kasih itu menegaskan dia penat apabila asyik dikaitkan dengan watak kanak-kanak. “Sebenarnya saya penat apabila asyik dianggap sebagai kanak-kanak. Walhal saya sudah dewasa. Sampai bila orang mahu menganggap saya ini budak kecil? Saya letih kerana diri saya ini tidak dipandang serius,” katanya.

Tambah Mia, dia gembira berlakon dan menerima watak pelajar, tetapi masa sudah berubah. “Jangan salah faham. Saya seronok berlakon dan gembira menerima watak budak sekolah. Tetapi keadaan sudah berubah. Tiba masanya untuk saya menukar haluan. Saya tak boleh selamanya menjadi kanak-kanak,” ujarnya. Persepsi yang salah itu turut memberi kesan terhadap kesihatan mental dan emosinya.  Mia berkata, terdapat pihak memandangnya dengan tidak serius kerana menganggapnya masih kanak-kanak.

“Pandangan kita tidak didengar, tak ada siapa yang kisah tentang perasaan kita. Orang tidak pandang potensi sebenar saya, mereka tak kisah pun pasal kemampuan saya. Disebabkan itu, saya tak diberikan peluang. Terus terang saya katakan, keadaan ini membuatkan mental saya terganggu. Saya berperang dengan masalah ini sejak usia saya 15 tahun,” luahnya. Pelakon itu berharap penerbit dapat melihat kemampuannya membawa watak dewasa dan tidak lagi menawarkannya watak pelajar.

“Saya harap penerbit dapat melihat yang saya ini mampu membawa watak lain, watak dewasa. Saya tidak mahu asyik ditawarkan watak budak sekolah,” tambah Mia lagi. Jelas Mia, dia mahu imejnya sebagai pelakon dewasa diiktiraf, sekali gus membolehkan dia meneroka peranan yang lebih matang dan kompleks dalam industri lakonan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.