GARA-GARA pernah menolak beberapa tawaran lakonan sebelum ini, pelakon dan usahawan Wawa Zainal mendedahkan sehingga kini masih belum menerima tawaran baharu. Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, keputusan tersebut membuatkan segelintir penerbit beranggapan dia sudah tidak berminat untuk aktif dalam bidang lakonan. Bagaimanapun, dia kini lebih terbuka untuk menerima tawaran berlakon semula dan bersedia kembali aktif seperti dahulu sekiranya diberikan peluang.
“Saya rindu juga untuk aktif berlakon macam dulu tapi disebabkan sebelum ini banyak sangat saya menolak tawaran yang dapat. Jadi orang tak berani nak offer saya berlakon mungkin sebab sekarang ini masih belum ada lagi mana-mana pihak pengarah atau penerbit yang mahu saya berlakon lagi. Kalau ada mungkin saya akan pertimbangkan sebab minat tu masih ada, kalau ada peluang mungkin untuk tahun ini saya akan berlakon kembali,” katanya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.