Penyanyi, Amira Othman menegaskan dia tidak mudah terkesan dengan kecaman walaupun busana raya yang digayakannya baru-baru ini disamakan dengan terung. Menurut Amira, 34, fesyen bagi dirinya bersifat subjektif dan setiap orang mempunyai citarasa tersendiri.PlayNextMute
“Bagi saya, komen dan kritikan itu perkara biasa. Saya pergi majlis atau program usrah pun boleh jadi isu, apatah lagi kalau ada sedikit kekhilafan. Fesyen ini subjektif. Ada yang nampak cantik, ada yang sebaliknya. Sama seperti makanan, ada yang kata sedap, ada pula yang kata tidak. Kita memang tidak boleh puaskan hati semua orang.” Kata Amira, sejak bergelar anak seni, dia sudah lali dengan kata-kata negatif dan sudah cukup sebati dalam kehidupan.
“Bagi saya, ini adalah asam garam anak seni. Kalau terganggu, tak mungkin saya masih ada di sini. Lagipun, kebanyakan komen negatif datang daripada akaun palsu, manakala yang menyokong pula adalah individu yang benar-benar wujud. Jadi buat apa kita nak fikirkan mengenai akaun palsu yang tidak memberi sebarang manfaat, malah hanya menambah tekanan.”
Amira berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pertunjukan Fesyen Amber Eid’s Times For Love, baru-baru ini. Koleksi Raya Amber 2026 ini turut diperagakan oleh barisan Duta Amber lain iaitu Fattah Amin, Nora Danish dan Hael Husaini yang mencerminkan kepelbagaian gaya serta keanggunan moden jenama tersebut. Dalam pada itu, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman berkata dia lebih selesa memberi fokus kepada sokongan yang diterima berbanding kecaman negatif.
“Saya lebih selesa fokus pada mereka yang menyokong. Saya tidak boleh memaksa semua orang untuk menyukai saya. Kalau komen itu diberi dengan cara baik, sudah tentu saya terima dengan hati terbuka. Komen yang tidak baik biasanya datang daripada golongan ‘haters’. Walaupun kita cuba berbuat baik, tetap ada yang membenci. Buat baik orang mengata, apatah lagi kalau ada kekurangan.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Amber, Datuk Adzliana Hasan, koleksi Aidilfitri tahun ini diperkenalkan menerusi pendekatan yang lebih berteraskan emosi dan nilai bermakna, sejajar dengan aspirasi jenama untuk meraikan hubungan, warisan dan kebersamaan sempena Syawal. Menurut Adzliana, tahun ini Amber membawa barisan duta Amber tahun ini Fattah Amin, Amira Othman, Nora Danish, Hael Husaini dan Scha Alyahya ke Istanbul untuk photoshoot campaign Raya.
“Pemilihan Istanbul kerana menepati ciri-ciri dan elemen yang kita cuba ketengahkan tahun ini, iaitu kota yang penuh dengan nilai budaya Islamic dan nostalgic. Tambahan pula kita ada sesuatu yang istimewa untuk penonton setia di UTV khas daripada Istanbul.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.