Teruk kene kritik dengan warganet, Watie Hanifiah tampil jelaskan pasal baju yang Thalita pakai pada majlis gender reveal

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah, tampil bersuara susulan kecaman yang dilemparkan terhadap anak tirinya, Thalita berhubung busana yang dipakai pada majlis ‘gender reveal’ minggu lalu. Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah memaklumkan bahawa Thalita sendiri mempunyai hasrat untuk bertudung. Klik sini untuk lihat video.

Menurutnya, perubahan keinginan Thalita berlaku secara semula jadi, selari dengan persekitaran berbeza yang dilaluinya apabila semakin meningkat usia. “Dulu Thalita pernah cakap nak pakai tudung, tapi bila besar sikit, ada keinginan lain dan persekitaran pun bertukar. Dia ada keinginan lain pula, nak cuba pakai baju-baju lain. Bila saya tak bagi, daddy tegur. Sebab saya dulu pun seksi juga.”

Dalam pada itu, Watie tidak menafikan berlaku kesilapan pada baju tempahan khas itu namun tempoh yang terlalu singkat menyebabkan rekaan tersebut tidak sempat diubah ke idea asal. Tambah Watie, dia turut menerima teguran daripada Shuib, yang berpendapat pakaian digayakan Thalita agak mencolok mata untuk usianya yang masih muda. 

“Kes haritu, baju itu tidaklah diminta seperti itu sebenarnya. Tapi baju itu terpotong ke bawah sedikit. Pada hari itu pun ramai saja yang tegur termasuk ahli keluarga. Daddy tegur, dia harap Thalita tak pakai baju sebegitu dah. Sebab baju-baju Thalita saya yang uruskan.” Selain itu, Watie menjelaskan kejadian berkenaan menjadi pengajaran buat Thalita untuk lebih peka dalam pemilihan pakaian.

“Saya izinkan dia pakai. Bila dia dah pakai, dia sendiri nampak apa yang orang kecam. Biarlah dia nampak semua itu, jadi lepas ini Thalita boleh fikir dan buat keputusan sendiri dari segi pemakaian. Bila kita halang, budak sebesar Thalita ini akan memberontak. Kalau kecaman itulah yang membuatkan Thalita tak mahu pakai seksi dah, kenapa tidak? Kalau sebab itu boleh menjadikan kita lebih baik, salah ke?”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *