Mencuba produk tiruan, Kak KM jelaskan punca sebenar ketiak dia jadi kemerahan

Advertisements
Advertisements

Usahawan sensasi, Liana Rosli, atau lebih mesra disapa Kak KM, tampil memperjelaskan kontroversi yang timbul selepas foto percutiannya bersama keluarga di Pulau Langkawi menjadi tular. Foto itu menarik perhatian netizen kerana keadaan ketiaknya yang kelihatan kemerahan, sehingga menimbulkan spekulasi bahawa ia mungkin masalah kulit seperti kurap.

Memetik portal mStar, Kak KM menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan kemerahan itu berpunca daripada penggunaan produk tiruan yang dijual menggunakan namanya sendiri. “Itu bukan kurap. Kulit saya memang elok sebelum ini, cuma hari itu saya cuba pakai produk saya yang dijual secara tiruan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Saya beli dan guna sendiri untuk pastikan ia selamat atau tidak sebab pernah viral sebelum ini,” jelas Kak KM.

Menurut Kak KM, selepas mencuba produk berkenaan, dia mengalami keradangan yang agak serius sehingga menimbulkan kemerahan ketara di kulitnya. Keadaan itu bertambah teruk apabila dia mandi laut semasa bercuti. “Memang teruk kesannya pada kulit. Keadaan kulit itu jadi lebih teruk bila saya mandi laut semasa bercuti. Sebab itu saya selalu ingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jangan beli produk tiruan kerana ia boleh merosakkan kulit,” ujarnya lagi.

Maklum Kak KM,  masalah kulit yang dialaminya itu sudah berlarutan selama beberapa bulan, namun kini semakin beransur pulih walaupun belum sembuh sepenuhnya. “Sudah beberapa bulan, tapi masih belum pulih sepenuhnya,” tambahnya. Sebelum ini, foto percutiannya bersama keluarga mencuri perhatian kerana pakaian yang dikenakan mencolok mata, sekali gus memaparkan bahagian ketiaknya yang kemerahan. Foto itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, ada yang prihatin dan ada yang membuat spekulasi negatif mengenai keadaan kulitnya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.