Muat naik gambar berpakaian sedondon, Mawar Rashid beri bayangan hati sudah dimiliki oleh jejaka istimewa

Advertisements
Advertisements

PELAKON Mawar Rashid seakan memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang jejaka istimewa. Menerusi perkongsian di Instagram, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, berkata dia teruja untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi kerana ingin berpakaian sedondon. “Saya rasa raya tahun ini akan menjadi lebih istimewa, berpasangan dengan pakaian sedondon,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Mawar turut berkongsi gambar bersama seorang lelaki namun menutup wajahnya dengan emoji. Foto tersebut dipercayai diambil di kawasan perkampungan dan mereka dilihat menggayakan pakaian tradisional sedondon. Bagaimanapun, ketika dihubungi, Mawar enggan mengulas lanjut berkenaan kisah peribadinya. Dia bagaimanapun memberitahu akan berkongsi lebih lanjut apabila sudah bersedia.

“Nanti dah tiba masa, Mawar akan maklumkan,” ujarnya ringkas. Untuk rekod, Mawar pernah berkahwin dengan usahawan Raden Muhammad Rafael pada November 2017 sebelum sah berpisah pada November 2023. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 6, Raden Seri Rosabella Cinta, 5, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 3.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.