Tak larat nak berlakon sampai tua, Puteri Sarah akui kini sedang fokus dengan perniagaan sebagai persediaan jangka panjang

Advertisements
Advertisements

GARA-GARA sering dilihat sibuk membuat siaran langsung di TikTok, pelakon Puteri Sarah Liyana dituduh sudah tidak menerima tawaran lakonan. Tampil menjawab mengenai perkara itu, Puteri Sarah atau  Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menidakkan perkara tersebut sebaliknya memberitahu dirinya kini sedang fokus membina perniagaan sebagai persediaan jangka panjang. “Ada yang komen tanya kenapa saya setiap hari buat ‘live’? Saya tiada ‘shooting’? Saya sudah tak laku ke?

Bukan tak laku. Sebenarnya saya sudah ‘shift’ fokus. Saya nak berbisnes sebab kita pun tak tahu sampai bila berada dalam industri,” katanya. Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadi dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah di Petaling Jaya, Selangor pada Ahad. Kata Puteri Sarah, dia masih menerima tawaran lakonan, namun kini lebih berhati-hati  dalam memilih projek agar tidak menjejaskan perniagaan yang sedang diusahakan.

“Shooting pun saya pilih. Tidaklah kehidupan hanya fokus pada lakonan. Kalau terlalu fokus pada shooting, bisnes pula akan terabai. Saya masih berlakon dan menjadi duta, tetapi sekarang lebih kepada menjadi bos kepada diri sendiri. Bila berbisnes, saya ada lebih masa dengan anak-anak dan keluarga,” ujarnya. Tambahnya, perniagaan yang dibina juga dilihat sebagai satu bentuk pelaburan masa depan serta legasi untuk anak-anaknya.

“Bagi saya, perniagaan adalah pelaburan untuk masa depan. Saya fikir tentang legasi yang ingin ditinggalkan kepada Syaikhul dan Sumayyah. Kalau saya terus berlakon sampai usia tua, rasanya saya pun tak larat,” katanya. Dalam masa sama, pelakon drama Andai Itu Takdirnya ini juga berharap orang ramai tidak membuat spekulasi atau meninggalkan komen negatif terhadap perubahan fokus yang dilakukannya kini.

“Saya harap orang luar tidak beranggapan saya ‘tak laku’ hanya sebab aktif buat ‘live’ dan berniaga. Alhamdulillah, fokus saya sekarang lebih kepada perniagaan yang semakin berkembang. Doakan yang baik-baik, bukan tinggalkan komen negatif,” ujarnya.. Sekadar info,  Puteri Sarah kini mengusahakan perniagaan melibatkan tudung, pakaian dan produk penjagaan kulit.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *