Dari mengandung sampai bersalin, Amira Othman luah rasa syukur Fattah Amin sentiasa di sisi

Advertisements
Advertisements

Penyanyi dan pelakon Amira Othman menzahirkan rasa syukur atas segala kebaikan dan pengorbanan suaminya, Fattah Amin sepanjang tempoh kehamilannya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 33, mengucapkan terima kasih kepada Fattah atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan sejak awal kehamilan sehingga kini.

Menurut pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu, Fattah sentiasa berada di sisinya sepanjang tempoh kehamilan sehingga saat dirinya bertarung nyawa melahirkan cahaya mata sulung mereka. “Terima kasih suami saya tolong macam-macam. Selama saya mengandung, bersalin dan berperang nyawa keluarkan Jarir.”

Dalam pada itu, Amira turut menitipkan doa agar segala kebaikan yang dilakukan Fattah terhadap dirinya sebagai isteri menjadi asbab untuk memperoleh ganjaran syurga. “Semoga Allah ganjarkan syurga untuk suami saya.” Terdahulu, Fattah dan Amira selamat disatukan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.

Untuk rekod, pasangan tersebut selamat menimang cahaya mata sulung mereka hari ini yang diberi nama Muhammad Jarir Umar. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.