Persiapan rapi yang dilakukan oleh pelakon, Datin Lisa Surihani untuk menjalani ibadah haji baru-baru ini telah menyorot perhatian warganet. Menerusi hantaran di TikTok, mutawwif, Dr Amirul Hassan dilihat sedang menyelak buku yang terkandung nota-nota persiapan haji, doa dan zikir milik Lisa. “Kagum sangat dengan catatan Hajjah Lisa sebagai persediaan rohaninya sendiri menghadapi hari-hari haji. Klik sini untuk lihat video.

Banyak doa-doa yang saya share dia sendiri aware dan hafal, MasyaAllah. Hajjah meminta doa kita agar terus istiqamah dalam beragama. ” Menurut Lisa, catatan tersebut ditulis antaranya daripada kuliah-kuliah ilmu yang dihadirinya sebelum ini. Dalam masa yang sama, Dr Amirul turut mencadangkan kepada Lisa agar buku-buku tersebut diterbitkan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum apabila melihat nota-nota yang ditulis sendiri oleh pelakon filem Sekali Lagi itu. Dalam masa yang sama, mereka turut memuji catatan Lisa yang kemas dan kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram, Lisa atau nama lengkapnya memaklumkan telah berangkat ke Tanah Suci dan memohon kemaafan daripada semua individu yang mengenalinya.




Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.