PERSONALITI media sosial, Haqiem Stopa meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang menimba ilmu agama dengan menyertai jemaah tabligh sebanyak dua kali. Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, kehidupannya mula berubah ke arah lebih baik selepas mengikuti program tersebut dan dia juga sanggup melepaskan segala bentuk kemewahan dunia yang pernah dimiliki.
“Balik daripada tiga hari itu, saya lepaskan segala harta saya ada. Kereta mewah, duit dan berharap pada manusia. Alhamdulillah selepas itu saya dapat ketenangan yang sangat besar dan dapat tambah baik banyak perkara,” katanya. Berkongsi lanjut, Haqiem berkata, dia turut menyusun perancangan untuk terus memperbaiki diri dengan menyertai program kerohanian yang lebih panjang pada masa akan datang.
Malah pempengaruh itu memberitahu, jika tiada halangan, dia turut menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah sebagai sebahagian usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT. “Saya dah dua kali keluar untuk tiga hari. Insya-Allah bulan Julai ada untuk 40 hari punya dekat Sabah kalau tak silap. Mungkin juga saya rancang mahu tunaikan umrah pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan kalau tiada halangan,” ujarnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.