Tiada masalah kesihatan, Isteri Prince Syed akui selesa dengan berat badan 38kg

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada usahawan kontroversi, Prince Syed, iaitu Fatin Syazwani Ishak menepis dakwaan mengalami masalah kesihatan susulan penampilannya yang dilihat lebih kurus berbanding sebelum ini. Memetik Harian Metro, Fatin, 28, menjelaskan perubahan fizikal tersebut adalah hasil pembedahan bariatrik yang dijalaninya pada Oktober tahun lalu.

Fatin menegaskan dia tidak pernah mengalami apa-apa masalah berkaitan kesihatan dan meluahkan rasa syukur kerana berada dalam keadaan sihat. “Alhamdulillah saya sihat. Bersyukur yang pembedahan itu menjadi. Sesetengah orang buat tak menjadi tapi alhamdulillah saya sihat dan tiada isu masalah kesihatan.” Mengulas lanjut, Fatin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terus mengecamnya serta membuat pelbagai spekulasi yang tidak berasas terhadap dirinya.

Katanya, dia selesa dengan berat badannya yang kini mencecah 38 kilogram. “Netizen-netizen sudahlah mengatakan saya tidak sihat. Saya baca komen yang diberi mereka, macam-macam komen yang saya terima. Bila baca tu saya rasa nak tergelak pun ada. Sudah-sudahlah buat spekulasi yang tidak betul.” Dalam perkembangan lain, Fatin juga berharap hubungan keluarganya bersama suaminya sentiasa berada dalam keadaan baik seperti sebelum ini.

“Saya harap lepas ni tiada apa-apa lagi masalah. Harap masing-masing pun boleh berdamai macam sebelum ini.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *