Asalnya hanya nama Juwita, Watie Hanifiah kongsikan cerita sebenar di sebalik nama anak

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi sebab di sebalik pemilihan nama Akira Juwita Zahra buat puteri mereka. Menerusi perkongsian di TikTok, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata pada mulanya dia hanya memilih nama Juwita untuk anaknya. Klik sini untuk lihat video.

Namun selepas berbincang dengan keluarga, mereka akhirnya membuat keputusan untuk menambah nama lain. “Akira tu nama Thalita, Juwita tu Thalita yang pilih. Asalnya nama hanya Juwita. Shuib pun kata jangan pilih nama yang panjang-panjang. Tapi saya rasa pendek sangat Juwita tu dan saya pun nak nama tu dekat dengan Thalita jadi saya pilihlah Akira, yang datang daripada nama penuh Thalita.”

Kata Watie, dia turut berbincang dengan Thalita dan meminta keizinannya terlebih dahulu sebelum menggunakan nama Zahra untuk anaknya. Jelas Watie, dia suka akan konsep nama adik-beradik yang sepadan. “Saya pun pujuk Thalita, cakap nak nama sama macam saya dan adik-beradik saya. Saya cakap dengan dia, apa kata dia bagi nama Zahra tu dekat Akira juga. Pada mulanya dia tak setuju tapi lama-lama dia okay.”

Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Jun 2023. Hasil perkahwinan, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada 6 April. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *