Lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa, Abby Abadi tampil bersuara demi perjuangkan hak anak anak

Advertisements
Advertisements

PELAKON Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi perjuangannya menuntut hak anak-anak selepas melalui fasa perceraian. Biarpun tidak menyebut sebarang nama, hantaran tersebut dipercayai ditujukan kepada bekas suaminya iaitu aktor Norman Hakim. Antara yang diluahkan Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 49, adalah mengenai sikap bekas suaminya yang didakwa lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

“Paling saya ralat dan buat rasa kecil hati, waktu kecoh kes anak ini dia seakan lepas tangan. Berulang kali saya cakap buat itu, buat ini… awak bapak. Paling sakit bila anak lari ke rumah mereka, dihalau. Beg diletakkan di luar rumah, suruh pergi tempat lain. Tak beri duduk menumpang, diburukkan lagi pada pihak sana,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad.

Dalam hantaran sama, Abby menegaskan tindakannya lantang bersuara di media sosial adalah demi memperjuangkan hak anak-anak. Dia juga mendakwa sudah menggunakan saluran yang betul untuk menuntut nafkah, namun tidak berhasil. “Saya kongsi sebab untuk anak-anak dapat hak mereka. Tak payah cakap guna saluran yang betul, kalau boleh laluan lain, tidaklah saya berada di sini.

Habis mengalah dah Abby Abadi ni. Sekarang tidak lagi. Walaupun mungkin terlambat, saya bangkit untuk hak saya dan anak-anak,” luahnya. Untuk rekod, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 sebelum bercerai pada 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania, 20, dan Danisha Hakim, 17.

Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal Zakaria, manakala Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.