Orang paling bahagia, Bella Astillah luah rasa lega lepas tahu keputusan Mahkamah YB Syed Saddiq

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa lega selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan pembebasan tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), hari ini. Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 33, berkata keputusan itu memberi ketenangan buat dirinya kerana sejak awal lagi dia percaya Ahli Parlimen Muar berkenaan tidak bersalah.

“Bella sangat-sangat bahagia. Paling penting rasa lega, tenang dan bahagia sebab Bella tahu Saddiq seorang yang sangat baik. Bella tahu Saddiq tak bersalah,” katanya selepas keputusan pengekalan pembebasan tunangnya di Istana Kehakiman. Mengulas sebab dia terus setia berada di sisi Syed Saddiq sepanjang proses perbicaraan, Bella berkata keperibadian ahli politik itu menjadi faktor utama yang membuatkan dirinya kekal memberi sokongan.

“Bella nampak macam mana peribadi dia. Paling utama Bella nampak macam mana layanannya terhadap orang tua dan keluarga, itu paling penting. Bella juga tengok dia seorang yang sangat jujur, baik dan amanah sepanjang perkenalan kami,” ujarnya. Sementara itu, Bella enggan mengulas lanjut mengenai perancangan majlis perkahwinan mereka dan memaklumkan akan berkongsi perkembangan tersebut apabila tiba masa yang sesuai.

“Selebihnya, insya-Allah nanti kita akan lebih lagi kongsikan bila dah sampai masa,” katanya. Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026 dan difahamkan pasangan itu dijangka melangsungkan pernikahan pada Oktober ini.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.