Rasa macam semua memerhati, Azar Azmi dedah tak mudah nak biasakan diri berdepan dengan orang ramai lepas sekian lama menyepi

Advertisements
Advertisements

KEMBALI aktif dalam dunia seni, pelakon Azar Azmi memberitahu tidak mudah buatnya membiasakan diri berdepan orang ramai selepas sekian lama menyepi. Meskipun namanya cukup dikenali sebelum ini, Azar atau Azar Ameerah Azmi, 37, berkata perubahan situasi semasa membuatkan dia sedikit kekok apabila kembali menjadi perhatian ramai.

“Bukanlah takut nak jumpa orang, cuma saya sudah terbiasa berada dalam situasi yang bukan di hadapan orang ramai. Jadi bila berdepan dengan orang ramai, saya rasa semua memerhati dan keadaan itu tidak lagi biasa. Jika dibandingkan dengan diri saya sebelum ini, memang jauh berbeza. Situasi ini berlaku secara semula jadi, mungkin keadaan membuatkan saya jadi begini,” katanya.

Azar ditemui pada majlis sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Bulan Henti Bicara (BHB) yang berlangsung di Putrajaya pada Selasa. Drama tersebut juga merupakan penampilan pertama Azar selepas lebih lima tahun menyepi dan tidak aktif dalam dunia seni. “Saya tidaklah berjumpa doktor pakar untuk masalah ini sebab merasakan secara perlahan-lahan keadaan semakin pulih.

Ketika pertama kali berjumpa pelakon dan kru BHB, saya juga mengambil masa yang lama memerhati mereka semua. Saya terdiam sekejap sebelum bersuara. Sebelum ini memang saya tak keluar. Apabila mula keluar ke satu kawasan yang luas, rasa sangat berbeza,” ujarnya. Di sebalik perhatian terhadapnya kini, Azar turut mengakui tidak mudah menjalani kehidupan harian, termasuk memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada dua cahaya mata.

Apatah lagi namanya sebelum ini menjadi bualan selepas menjalani tahanan reman atas dakwaan terlibat dalam kes penipuan berkaitan penjualan tanah dan pemberian darjah kebesaran. Biarpun begitu, pelakon ini meluahkan rasa syukur dan tidak dapat menahan air mata apabila mengenangkan pengorbanan empat adik-beradiknya yang sentiasa memberi sokongan.

“Memang susah sebab perkara sebelum ini bermain dengan emosi. Ada waktu saya terfikir, ‘Kenapa hidup begini?’. Ketika menjalani penggambaran pun saya boleh menangis. Saya bersyukur kerana ada adik-beradik yang sentiasa memberi sokongan. Merekalah tempat saya bergantung, meluahkan perasaan dan berkongsi kasih sayang,” luahnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.