PELAWAK Sharif Zero meluahkan kerinduan untuk kembali aktif melawak bersama adik beradiknya iaitu Atu dan Melati. Malah, Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 36, bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya kumpulan itu sudah berpecah susulan berlaku krisis antara mereka. Tambahnya, peluang untuk bersatu itu tipis kerana tiada sebarang tawaran diterima setakat ini.
“Kumpulan Zero masih ada lagi dan kami tidak pernah berpecah pun cuma peluang untuk bersama sekarang ini tiada lagi disebabkan kurang permintaan untuk bergandingan sekali di TV. Sebenarnya rindu juga untuk buat persembahan sekali macam dulu tapi tiada rezeki lagi buat masa ini dan masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Kita tengok keadaan dan situasi macam mana sebab buat masa sekarang ini saya minta peminat doakan yang baik-baik saja untuk kumpulan Zero,” katanya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.