Pengarah dan penerbit, Erma Fatima hanya meminta senaskhah al-Quran yang sudah dikhatamkan oleh bakal menantunya, Haziq sebagai mas kahwin untuk menghalalkan perkahwinan bersama anaknya, Norain Sofea. Menerusi perkongsian video di TikTok, Erma berkata dia tidak mengharapkan kemewahan, sebaliknya memilih al-Quran yang telah dibaca sepenuhnya sebagai simbolik permulaan rumah tangga yang diberkati. Klik sini untuk lihat video.

“Kalau ikut hati saya nak minta sebiji banglo (bergurau). Saya hanya minta senaskhah al-Quran yang sudah habis dibaca oleh Haziq sebagai mas kahwin.” Dalam perkongsian sama, Erma turut meluahkan rasa syukur kerana bakal menerima seorang menantu yang disifatkannya mempunyai akhlak terpuji, berbudi bahasa serta memiliki ilmu agama.
“Saya bersyukur bakal mendapat seorang menantu yang berbudi bahasa, baik, berilmu agama. Itu adalah hadiah yang paling besar saya akan dapat. Saya beruntung kepada Encik Zul dan Puan Ayu (ibu bapa bakal menantu) kerana mendapat anak yang hebat.” Terdahulu, Erma berkongsi khabar gembira apabila anak perempuannya, Norain selamat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hati yang dikenali sebagai Haziq dalam sebuah majlis yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.