Buat kejutan istimewa untuk isteri, Aslam hadiahkan bangle berharga hampir RM8k untuk Umisya Mazlan sempena ulangtahun perkahwinan

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh Ahmad Aslam membuat kejutan istimewa buat isterinya, Umisya Mazlan sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ahmad Aslam atau nama penuhnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, dilihat melakukan persiapan ringkas sebagai tanda penghargaan buat Umisya. Pada hantaran sama, Aslam turut menghadiahkan seutas bangle bernilai hampir RM8,000 kepada Umisya sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Klik sini untuk lihat video.

Selain itu, Aslam turut menitipkan pesanan ringkas buat Umisya yang disifatkan sebagai seorang isteri yang banyak bersabar sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama. “Selamat ulang tahun perkahwinan kepada isteri saya. Terima kasih kerana banyak bersabar.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tumpang bahagia melihat keluarga tersebut kembali bersama serta berharap kebahagiaan mereka berkekalan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.