Belum tiba masa untuk ulas, Adira Suhaimi akui kongsi hubungan cinta lepas kes mahkamah selesai

Advertisements
Advertisements

PENYANYI Adira lebih selesa untuk tidak terlalu bercakap lanjut tentang kisah peribadinya yang kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta. Menurut Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, belum tiba masanya untuk dia mengulas perkara tersebut memandangkan kes mahkamah melibatkan dirinya dengan bekas suami, Datuk Seri Adnan, masih belum selesai.

“Berkaitan perkara itu, saya masih belum terbuka untuk bercakap memandangkan kes mahkamah belum selesai. Jadi saya lebih suka berdiam diri. Kalau semuanya sudah selesai, barulah saya boleh bercerita tentang perkara lain,” katanya. Adira ditemui ketika sesi rakaman video muzik lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 yang turut menampilkan gandingan penyanyi Marsha Milan, Nadeera Zaini dan Aisha Retno.

Kes melibatkan Adira dengan Adnan kini masih dalam proses perbicaraan di mahkamah selepas bekas suaminya itu memfailkan permohonan pengesahan rujuk di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Disember tahun lalu. Tenang berdepan isu yang masih belum selesai, penyanyi itu berkata dia mendapat sokongan penuh daripada orang-orang terdekat. Malah, dia akur menjalani proses mahkamah dan berharap dapat mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung kes berkenaan.

“Saya okey sahaja. Semua ini atas doa kawan-kawan. Orang sekeliling banyak memberi kata-kata semangat dan itu yang membuatkan saya sabar. Tiada apa yang boleh saya buat selain menunggu kes ini selesai,” ujarnya. Untuk rekod, Adira dan Adnan sah bercerai pada 24 April 2024 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob, 4.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.