Pernah melalui hari yang sukar, Bella Astillah akui 8 tahun lalu pilih untuk jumpa dengan pakar psikiatri

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, mendedahkan sebelum ini dia pernah mendapatkan bantuan profesional mengenai kesihatan mental. Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi sebuah majlis yang dihadirinya. Menurut Bella, dia memilih untuk bertemu pakar psikiatri kira-kira lapan tahun yang lalu. Klik sini untuk lihat video.

“Sebenarnya tak ramai orang tahu, saya pernah melalui hari yang sangat sukar dan saya memilih untuk jumpa pakar psikiatri. Saya pergi ke beberapa sesi kaunseling berseorangan, setiap sesi sejam ke sejam 30 minit.” Bagaimanapun, Bella memilih untuk tidak mendedahkan perkara tersebut berikutan bimbang dengan stigma negatif mengenai masalah kesihatan mental.

“Ketika itu saya tidak berkongsi dengan sesiapa mahupun di media sosial. Kadang-kadang orang akan cepat menghukum dan menilai. Saya tak mahu bila saya kongsi, nanti spekulasi orang akan bertambah.” Justeru, ibu kepada dua orang anak ini menasihati individu yang mempunyai masalah sama supaya mendapatkan bantuan agar isu kesihatan mental mereka boleh ditangani.

“Tapi apa sahaja yang kita buat, kita ikhtiar untuk diri sendiri. Tak semestinya bila jumpa dengan pakar psikiatri kita tidak waras. Sebenarnya kita sayang pada diri kita. Jangan cepat menilai dan jangan dapatkan bantuan di tempat yang salah. Bukanlah bergantung pada manusia, tapi kita sebagai manusia perlu ikhtiar dan usaha.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.