Akhirnya seorang ibu bertemu dengan anak, Cik Lan kongsikan momen pertemukan Sajat dengan Ibunya buat ramai yang sebak

Advertisements
Advertisements

Setelah beberapa tahun, akhirnya pempengaruh dan usahawan Nur Sajat Kamaruz Zaman akhirnya berpeluang melepaskan rindu terhadap ibunya apabila dua anak beranak itu berjumpa selepas lima tahun berjauhan. Momen sebak itu dikongsikan selebriti Singapura, Roslan Shah atau lebih mesra disapa Cik Lan menerusi Instagram. Klik sini untuk lihat video.

Menurut Cik Lan, dia sendiri menjemput ibu kepada Sajat di Johor sebelum membawanya untuk bertemu dengan rakan baiknya itu yang kini berada di Singapura. “Sebak Cik Lan tadi apabila seorang ibu memeluk seorang anak dah lama tak bertemu dengan Sajat. Cik Lan tadi menjemput ibunya di Larkin, Johor sampai dari Rembau jam 4 pagi bersama pembantu dan terus masuk ke Singapura.

Kita doakan yang baik baik saja ya,” kongsinya. Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai dan mengundang sebak dalam kalangan ramai. Untuk rekod, sudah lima tahun Nur Sajat berjauhan serta tidak tinggal bersama keluarganya dan kini menetap di luar negara.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *