Stress antara salah satu punca, Shila Amzah akui trauma bila berat badan mencecah 84kg

Advertisements
Advertisements

Penyanyi Shila Amzah, berkongsi kesukaran yang dihadapinya semasa berdepan dengan masalah berat badan berlebihan. Menerusi hantaran di Threads, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 36, mengakui keadaan tersebut telah memberi kesan terhadap kesihatan fizikalnya. Menurut Shila, berat badannya mula bertambah terutama ketika wabak Covid-19 melanda iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Saya sangat trauma ketika berat saya 84 kg dengan ketinggian 165 cm. Lutut, buku lali sering sakit. Saya pernah memandang remeh soal kesihatan. Ketika PKP, yang paling teruk. Saya alami diet yoyo, tetapi tidak pernah bersenam. Namun, stres memang punca, tidur tak cukup pun punca.”

Sedar akan keadaan tersebut, pelantun lagu Masihku Cinta itu berkata, dia tidak mahu berdepan dengan masalah berat badan lagi. Shila kini akan lebih peka dalam menjaga kesihatannya supaya memiliki berat badan yang ideal. “Disebabkan semua itu, saya belajar untuk lebih berhati-hati dengan tubuh badan saya. Saya tidak mahu lagi kembali dalam keadaan seperti itu. Doakan saya istiqamah ya.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *