Tak menutup pintu hati untuk kembali berumahtangga, Zizi Kirana akui 2 tahun ambil masa untuk berdamai dengan takdir

Advertisements
Advertisements

DILIHAT tenang menjalani kehidupan selepas melalui kegagalan rumah tangga, penyanyi Zizi Kirana berkata dia kini sudah berdamai dengan takdir sejak dua tahun lalu. Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, berkata tempoh tersebut digunakan untuk merawat hati dan mencari kekuatan menerusi misi kemanusiaan yang disertainya sejak kebelakangan ini. “Kalau nak katakan berdamai dengan takdir, selama dua tahun itu saya dah belajar untuk melalui fasa ‘healing’. Itu adalah fasa saya menerima semua keadaan yang berlaku.

“Jadi, bila Allah izinkan saya pergi misi kemanusiaan, saya ambil kebaikan yang Allah beri kepada saya supaya boleh melangkah ke hadapan. Mungkin orang nampak proses ‘healing’ itu berlaku sekarang, tapi sebenarnya saya sudah melalui fasa itu selama dua tahun dan sepanjang itu diisi dengan misi kemanusiaan,” katanya.

Menurut Zizi, sepanjang tempoh tersebut dia sememangnya jarang menghadiri sebarang acara atau muncul di khalayak umum kerana mahu memberi tumpuan kepada proses memulihkan diri. Bagaimanapun, Zizi berkata dia kini lebih bahagia menjalani kehidupan selain mahu memberi perhatian kepada diri sendiri, keluarga dan kerjaya.

“Ketika itu saya memang jarang hadir ke mana-mana majlis dan tempat umum. Bila nak buat lagu pun saya susah nak beri fokus kerana itu adalah fasa saya melalui ujian tersebut. Saya lebih fokus kepada diri sendiri, keluarga dan orang-orang yang sentiasa mendoakan saya. Jadi, Alhamdulillah, Allah permudahkan dan semuanya sudah selesai. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang,” kongsinya.

Dalam pada itu, Zizi mengakui tidak pernah menutup pintu hatinya selepas berdepan kegagalan rumah tangga dengan pelakon, Yusuf Bahrin. Malah, dia menyerahkan segala-galanya kepada aturan Allah SWT selain percaya setiap perkara yang berlaku pasti mempunyai hikmah. “Saya tak menolak apa-apa yang datang, saya tidak menutup pintu hati. Perkara itu adalah benda yang baik, Allah aturkan semuanya.

Saya cuma mengikut apa yang diaturkan oleh-Nya. Kalau perkara itu mendatangkan kebaikan, Insya-Allah,” ujarnya. Ditanya pandangannya jika dilamar menjadi isteri kedua, pelantun lagu Eh itu berkata dia sebolehnya mahu mengelak daripada perkara tersebut kerana ia bukan sesuatu yang diingininya. “Perkara itu saya sedaya upaya cuba elakkan. Saya cuma mampu berdoa supaya Allah berikan yang terbaik. Sebolehnya saya memang tak nak,” jelasnya. Untuk rekod, Zizi dan Yusuf, 34, mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 sebelum sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam pada April lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *