Prinsip dah diterapkan sejak kecil lagi, ramai yang puji cara Zaki Yamani bercakap walaupun umur baru 20 tahun

Advertisements
Advertisements

Walaupun baru berusia 20 tahun, penyanyi Zaki Yamani menarik perhatian bukan sahaja menerusi bakatnya, malah cara dirinya berkomunikasi dan menjawab pertanyaan media yang disifatkan matang serta sopan. Malah, selepas satu temu bualnya baru-baru ini dikongsikan di media sosial, beberapa pengguna media sosial memuji cara Zaki menyusun kata dan berdepan dengan soalan wartawan meskipun masih muda.

Mengulas mengenai pujian tersebut, Zaki berkata cara seseorang bercakap merupakan cerminan diri dan prinsip itu sudah diterapkan oleh keluarganya sejak kecil. “Alhamdulillah, terima kasih. Dari kecil keluarga selalu pesan supaya jaga cara kita bercakap. Bagi saya, cara kita bercakap mencerminkan diri kita. Jadi saya cuba fikir dulu sebelum bercakap supaya tak menyakiti hati orang,” katanya.

Menurut pelantun single Akur itu, nilai sopan santun dan menghormati orang lain juga semakin penting terutama dalam dunia media sosial yang membolehkan seseorang memberikan pandangan atau reaksi dalam sekelip mata. Baginya, perbezaan pendapat tidak sepatutnya menjadi alasan untuk seseorang mengetepikan adab ketika berkomunikasi.

“Bagi saya, adab sangat penting lebih-lebih lagi di media sosial. Kita boleh berbeza pendapat atau tak setuju, tapi cara kita sampaikan mestilah dengan hormat. Kadang-kadang apa yang kita tulis kejap, orang lain mungkin ingat lama,” ujarnya. Zaki berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Pahang 1st Kepada Petugas Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Tahun 2026 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis, baru-baru ini.

Penyanyi yang turut membuat persembahan pada majlis tersebut berpandangan adab sama perlu diamalkan ketika berurusan dengan petugas kesihatan, terutama apabila seseorang berada dalam keadaan risau atau emosi. “Kita kena ingat petugas kesihatan pun manusia. Mereka bekerja untuk membantu kita.

Jadi walaupun kita risau atau emosi bila sakit, jangan lepaskan kemarahan kepada mereka. Kalau ada masalah, bercakaplah dengan baik.” Pada masa sama, Zaki turut menitipkan pesanan mudah kepada golongan muda supaya membiasakan diri menghormati sesiapa sahaja tanpa mengira pekerjaan atau kedudukan.

“Pesanan saya simple je, layan orang sebagaimana kita nak dilayan, tak kira petugas kesihatan, pekerja servis atau sesiapa pun. Mereka semua layak dihormati. Senyum, bercakap dengan baik dan ucap terima kasih. Benda kecil bagi kita mungkin bermakna untuk orang lain,” katanya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *