Teruk kena kritik dengan warganet, Badrol Hanapi tanpil pertahankan Watie Hanifiah tentang suara lelaki dalam video main golf

Advertisements
Advertisements

Seorang lelaki dikenali Badrol Hanapi yang didakwa merupakan pemilik suara dalam video milik isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah tampil menjelaskan kontroversi hubungan mereka yang tercetus pada 2019. Dalam perkongsian di Instagram, Badrol menegaskan suara lelaki yang tular dalam video milik Watie sebelum ini adalah suaranya, sekali gus menafikan dakwaan bahawa suara tersebut milik Shuib.

Menurut Badrol, isterinya turut berada di lokasi ketika video tersebut dirakam sebelum tular di media sosial. Jelasnya, dia juga tidak mengenali Shuib secara peribadi pada ketika itu. “Watie dari dulu baik dengan saya dan isteri. Kami pernah bermain golf bersama, santai-santai, malah isteri saya sendiri ada ketika itu.

Pada masa tersebut, Shuib belum kenal lagi apa itu golf malah saya sendiri belum mengenalinya. Kepada netizen, kalau saya nak jelaskan satu per satu, sampai kiamat pun belum tentu habis. Saya tahu apa yang saya lalui dan saya tak perlu memuaskan hati semua orang untuk percaya. Demi Allah, itu memang suara saya. Tetapi jangan kerana satu perkara, kita rasa berhak menghukum seluruh kehidupan orang lain.”

Dalam pada itu, Badrol turut menasihati orang ramai agar menghormati rumah tangga Watie dan Shuib serta tidak melemparkan fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan mereka. Badrol turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu sibuk mencari kesalahan orang lain sehingga terlupa untuk memperbaiki diri sendiri.

“Tuan-tuan dan puan-puan, mereka sudah kahwin. Hormatilah rumah tangga mereka. Jangan terlalu seronok membuka cerita orang sampai kita lupa bahawa setiap kata-kata juga akan dipersoalkan di hadapan Allah. Tak perlu jadi manusia yang paling tahu cerita orang, cukuplah jadi manusia yang takut akan dosa sendiri.”

Terdahulu, Watie tampil mempertahankan diri dengan menafikan dakwaan bahawa dia sudah lama mengenali suaminya sejak Allahyarham Siti Sarah Raissuddin masih hidup. Dalam hantaran yang sama, Watie juga menafikan dakwaan bahawa suara di dalam video tular itu adalah milik Shuib.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.