Ada yang persoalkan tentang kemampuan kewangan, Zaki Yamani akui sejak umur 13 tahun dah cari duit sendiri

Advertisements
Advertisements

Penyanyi, Zaki Yamani memaklumkan dirinya tidak mengambil hati apabila ada netizen yang mempersoalkan kemampuan kewangannya ketika melakukan sesi siaran langsung bersama penyanyi, Azeva Natassha baru-baru ini. Menurut Zaki atau nama lengkapnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, dia berpendapat bahawa pandangan orang luar bukanlah sesuatu yang perlu dilayan.

Malah, penyanyi berusia 20 tahun ini memaklumkan dia sudah mula bekerja sejak berusia 13 tahun bagi menampung perbelanjaan dan komitmen sendiri tanpa mengharapkan wang daripada bapanya, Datuk Jamal Abdillah. “Bagi saya, kita tidak bolehlah merendahkan individu lain. Siapa yang menyokong saya dari awal mereka tahu bagaimana saya kuat bekerja.

Saya tak guna duit ayah mahupun duit sesiapa. Saya bekerja untuk membayar komitmen sendiri. Hanya yang rapat saja tahu,” katanya kepada Gempak. Zaki berkata demikian ketika ditemui di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026, baru-baru ini. Malah, pelantun lagu Lekas ini menegaskan dia tidak perlu menjelaskan keadaan kewangannya kepada sesiapa kerana mereka tidak menanggung perbelanjaan hariannya.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa, bukan mereka (netizen) yang bayar rumah, kereta dan bil-bil lain. Saya pun sudah bekerja daripada usia 13 tahun sampailah nak masuk umur 21 tahun. Mungkin mereka jarang nampak golongan awal usia ini bekerja sendiri untuk membayar komitmen,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Zaki memaklumkan bahawa dia sentiasa berhati-hati dalam menguruskan wang dan tidak menjadikan perbelanjaan berlebihan sebagai kebiasaan “Ramai yang mungkin ingat saya tiada simpanan wang tetapi sebenarnya saya seorang yang memang memikirkan tentang masa depan. Ibu saya antara individu yang selalu ingatkan untuk menyimpan wang. Saya juga ambil pelajaran daripada ayah juga, kita memang perlu menyimpan duit untuk masa depan.

Saya nak beli rumah, buat bisnes. Sebagai anak muda tak bolehlah boros sangat. Kalau nak berbelanja, 70 peratus simpanan, guna 30 peratus saja daripada gaji. Itu prinsip saya,” tambahnya. Terdahulu, seorang netizen dikihat meninggalkan komen ketika dia dan Azeva sedang bersiaran langsung di media sosial, dengan menyarankan wanita itu mencari teman lelaki yang lebih kaya.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *