Kesuluruhan perbelanjaan majlis perkahwinan cecah enam angka, Ammar Nazhan akui kerja keras untuk pastikan majlis macam yang dia mahukan

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh Ammar Nazhan mendedahkan keseluruhan perbelanjaan untuk majlis perkahwinannya bersama isteri, Elya Maisara melebihi enam angka. Menerusi hantaran di Threads, Ammar mengakui dia bekerja keras dan berkorban wang, masa dan tenaganya sendiri bagi memastikan majlis berjalan seperti yang diinginkan.

“Jumlah perbelanjaan untuk perkahwinan saya sudah melebihi enam angka dan semuanya hanya untuk mencipta hari yang indah dan tidak dapat dilupakan buat saya dan isteri. Saya bekerja keras untuk semua ini dan menggunakan duit, masa serta tenaga saya sendiri hanya untuk menjadikan hari istimewa ini kenyataan.” Dalam pada itu, Amar turut mempersoalkan tindakan segelintir individu yang masih memilih untuk menghakimi cara dia membelanjakan wang untuk majlis perkahwinannya.

“Saya cuma mahu menikmati hari perkahwinan saya dan mencipta kenangan indah bersama orang yang saya sayangi. Saya tidak meminta sesiapa membayarnya. Saya juga tidak memaksa sesiapa untuk bersetuju dengan pilihan saya. Ini duit saya, hari istimewa saya dan kebahagiaan saya. Biarlah saya menikmatinya selepas bekerja keras untuk hari ini.”

Bagaimanapun, Amar mengakui paling mengecewakan apabila terdapat individu yang meninggalkan komen supaya perkahwinannya dihentikan. “Apa yang paling mengecewakan? Ada yang sanggup meninggalkan komen ‘STOP THE WEDDING’. Serius? Kenapa mahu mendoakan sesuatu seperti itu terhadap perkahwinan orang lain? Tak perlu suka dengan perkahwinan saya. Tidak perlu bersetuju dengan cara saya membelanjakan wang. Malah, tidak perlu hadir sekalipun.

Tetapi mendoakan agar perkahwinan orang lain dihentikan adalah satu tahap negatif yang berbeza.” Untuk rekod, Ammar sebelum ini sah bergelar suami kepada Elya Maisara dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung semalam.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *