Siap bawa buku nota dekat tangan, warganet mula nampak perubahan positif pada anak sulung Bella Astillah

Advertisements
Advertisements

Perkongsian terkini daripada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengenai anak sulungnya, Ayden Adrean, membuatkan ramai netizen tersenyum melihat perubahan positif kanak-kanak tersebut. Menerusi video pendek di Instagram Story miliknya, Bella memuat naik aksi bersahaja Ayden yang bersiap-siap awal pagi untuk ke sekolah bersempena sambutan Hari Kanak-kanak.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah pilihan beg yang mahu dibawanya. Bukan beg galas biasa, Ayden memilih untuk membawa sebuah beg bimbit dokumen khas berwarna gelap dengan perincian berwarna-warni. “Dia bilang ada children’s day. Tapi bawa beg macam mau pi Parlimen” – Bella Astillah. Pilihan beg ala beg bimbit mesyuarat itu membuatkan netizen mengaitkannya dengan figura Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam satu lagi video, kelihatan Syed Saddiq meluangkan masa berkualiti membawa Ayden keluar membeli-belah dan makan bersama. Hubungan mereka kelihatan sangat akrab sambil berpegangan tangan menuruni eskalator. Malah, Ayden turut dilihat membawa sebuah buku nota seolah-olah mengikuti jejak langkah Saddiq.

Perubahan positif Ayden ini telah membuatkan netizen merasakan kehidupan Ayden lebih baik semenjak munculnya Syed Saddiq dalam hidupnya. Rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat perkembangan Ayden yang kini dilihat lebih berdisiplin, teratur dan terinspirasi untuk mencontohi gaya kepimpinan yang positif di sekelilingnya.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *