Kenang kebaikan waktu masih ada, Rita Rudaini luah rasa rindu dengan arwah abang yang baru pergi menghadap illahi

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham abangnya, Ahmad Musyaiful Mokhtar yang telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad. Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Rita Rudaini Mohammad Mokhtar menyifatkan Allahyarham seorang abang yang baik, berhati lembut dan anak yang soleh serta mendengar kata. Klik sini untuk lihat video.

“I miss you. Kenapa tinggalkan orang? Kenapa tak tunggu orang sampai dulu? Awak abang orang paling baik, hati paling lembut. Dengar cakap mama, berbanding orang yang suka menjawab. Awak anak paling baik, tak suka susahkan kami.” Malah, Rita turut mengenang sikap Allahyarham yang sentiasa ada ketika diperlukan serta tidak pernah membezakan kasih sayang terhadap anak-anaknya.

“Kau ada bila orang perlu. Kau layan dan jaga anak-anak orang macam anak kau sendiri. Kau tak pernah pilih kasih. Orang bangga ada abang macam kau. Selamat jalan ke negara abadi. Selamat pulang kepada kekasih abadi. Orang rindu kau sangat-sangat.” Terdahulu, Ahmad Musyaiful, 51, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada jam 1.46 pagi tadi akibat serangan jantung. 

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *