Didakwa sebagai kaki pkul, Syida Melvin tampil dedah punca yang membuatkan dia bertindak kasar terhadap bekas suami

Advertisements
Advertisements

PELAKON Syida Melvin akhirnya tampil menjelaskan tuduhan dirinya seorang kaki pukul seperti didakwa bekas suami iaitu Shafiq Azim Shahreen. Tidak menafikan berlaku kekasaran sepanjang rumah tangga mereka, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, 29, bagaimanapun menegaskan tindakan dilakukan itu tidaklah sehingga mendatangkan kecederaan.

Ini selepas dia sudah tidak tahan berdepan provokasi berulang kali daripada bekas suami termasuklah hinaan yang melibatkan keluarga dan ibu bapanya. “Bukan pukul apa, tetapi apabila bergaduh suami isteri yang suka provoke, menghina dan merendah-rendahkan kita, bukan sekali dua tetapi berlarutan.

Kita manusia biasa, mestilah tidak suka apabila orang petik keluarga dan asal usul kita. Apabila sudah kena provoke dan melalui penderaan emosi, emosi pun tidak stabil. Takkan nak diam macam patung? Mestilah ada tindak balas. Macam baling bantal terkena kepala atau tolak-tolak kepala. Takkan nak jadi patung apabila asal usul, keluarga dan ibu bapa sudah dihina,” katanya.

Syida berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam program Paparazzi Podcast kendalian usahawan Datuk Aliff Syukri. Jelasnya, dia sering berdepan provokasi termasuk kata-kata bekas suaminya yang menyesal memilihnya sebagai isteri dan sepatutnya berkahwin dengan wanita lain. Situasi berkenaan membuatkan Syida nekad mengundurkan diri daripada rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun itu.

“Dia ada masalah dengan keluarga sendiri, tetapi cerita dipusingkan sehingga saya pula dipersalahkan. Dia pernah cakap menyesal berkahwin dengan saya dan sepatutnya memilih orang lain. Takkan saya nak terus bertahan? Mak dan ayah besarkan saya bukan senang. Kalau tersalah cakap sekali dua, saya boleh maafkan dan terima.

Tetapi apabila kesalahan sendiri diputar belit sehingga saya pula dipersalahkan, memang saya tak boleh teruskan lagi,” ujarnya. Menerusi podcast sama, Syida turut gagal menahan air mata ketika mengimbas kembali pengalaman pahit sepanjang melalui kehidupan berumah tangga.

Pada 10 November lalu, kecoh di media sosial apabila Syida mengadakan sesi siaran langsung bagi mendesak bekas suaminya keluar dari rumah yang didakwa dibeli atas namanya. Sejak itu, kedua-dua pihak saling membuat pendedahan mengenai kemelut rumah tangga mereka sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Untuk rekod, Syida dan Shafiq sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *